Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

MOM Pilih Atlet Pertama Kali Jadi Pembawa Bendera

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Menjelang Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia. 

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo berkata atlet yang belum pernah menjadi pembawa Jalur Gemilang, akan dipilih untuk menggalas tugas itu dalam temasya berkenaan.

Perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM, Selasa depan.

Datuk Low turut memaklumkan hari ini merupakan tarikh akhir untuk persatuan sukan menghantar senarai nama atlet yang layak beraksi dalam kejohanan itu.

Senarai muktamad akan diketahui minggu depan.

Kontinjen Malaysia yang dijangka terdiri daripada 99 atlet lelaki dan 76 atlet wanita itu, akan bersaing dalam 18 daripada 25 jenis sukan yang dipertandingkan.

Ini termasuk 7 sukan para.

((BERNAMA))