Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

TDIJ 2019 memulakan saingan hari ini

  • Published in Sukan

Foto - RTM

 

 

 

BATU PAHAT - Perlumbaan jelajah berbasikal Tour de Iskandar Johor (TDIJ) 2019 memulakan saingannya hari ini dan peringkat pertama baru sahaja tamat di Dataran Penggaram, Batu Pahat.
  
Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal menyempurnakan pelepasan 108 pelumba kira-kira pukul 12 tengah hari tadi dari Dataran Mahkota, Kota Iskandar, mengharungi kayuhan peringkat pertama sejauh 122.9 kilometer.

Perlumbaan menempuh 3 zon pecutan dan satu zon pendakian.

TDIJ yang julung diadakan ini menyaksikan penyertaan 22 pasukan daripada 17 buah negara.

Perlumbaan diadakan sebanyak tiga peringkat melibatkan jarak keseluruhan 403 kilometer, berakhir Jumaat ini.

Empat jersi dipertaruhkan iaitu jersi biru pendahulu keseluruhan, jersi merah raja bukit, jersi putih raja pecut dan jersi hitam perlumba muda terbaik.