Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Majlis Anugerah Sukan Negara 2018 berlangsung 23 April

  • Published in Sukan

Foto : FB Majlis Anugerah Sukan Negara Malaysia


PUTRAJAYA - Menjelang Majlis Anugerah Sukan Negara 2018 dijadualkan berlangsung pada 23 April 2018 di Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dan Sukan Komanwel 2018 menjadi asas pemilihan calon bagi semua kategori yang dipertandingkan.

Dalam pada itu, jaguh boling tenpin negara, Rafiq Ismail dan ratu gimrama negara, Amy Kwan, merupakan antara calon pilihan untuk merangkul Anugerah Olahragawan dan Olahragawati bagi tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2018.

Difahamkan Atlet Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia, SAM. Rafiq yang juga memenangi Anugerah Jagoan Nadi Arena, AJNA, baru-baru ini, akan menjadi saingan hebat bagi jaguh Trek Negara, Azizulhasni Awang, yang memenangi Anugerah Sukan Negara 2017, tahun lalu.

Atlet muda berusia 22 tahun itu, melakar kejayaan sepanjang tahun lalu dengan meraih pingat emas dalam acara perseorangan Kejohanan Boling Lelaki Dunia 2018 di Hong Kong, satu pingat emas dan satu pingat perak masing-masing dalam acara masters dan trio lelaki dalam Sukan Asia Indonesia 2018.

Sementara itu, ratu gimrama negara, Amy Kwan pula meraih pingat emas acara reben individu dalam Sukan Komanwel Gold Coast tahun lalu.

Bintang yang kian meningkat, S. Sivasangari turut menjadi saingan bagi Amy merebut anugerah Olahragawati dengan kemenangannya di Sukan Asia Jakarta- Palembang 2018, meraih satu pingat perak dan satu pingat gangsa dalam acara individu dan berpasukan masing-masing.

Sebanyak 11 kategori akan dipertandingkan dengan hadiah keseluruhannya bagi semua kategori wang tunai sebanyak 130 ribu serta piala pusingan, piala iringan dan sijil.