Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Raul Longhi Dilantik Sebagai Jurulatih Sementara JDT

  • Published in Sukan

Foto-FB JDT

JOHOR BAHRU - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan Raul Longhi mengambil tugas sebagai jurulatih sementara kelab itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Ulisses Morais yang meletak jawatan, semalam.

Presiden Kelab JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook rasmi kelab berkenaan, JOHOR Southern Tigers, mengumumkan Longhi akan dibantu penolong jurulatih, Ismail Ibrahim.

Semalam, Morais, 58, menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers mengumumkan meletak jawatan sebagai ketua jurulatih JDT dengan mengatakan keputusan itu terpaksa diambil atas faktor kesihatan keluarga.

((SUMBER RTM))