Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Pemain Disabit Kesalahan Rasuah Boleh Digantung Seumur Hidup

  • Published in Sukan

GEORGE TOWN - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengambil tindakan tegas termasuk penggantungan seumur hidup terhadap mana-mana pemain yang didapati bersalah berhubung isu rasuah atau mengatur perlawanan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya akan menggunakan undang-undang sedia ada yang termaktub dalam peraturan FAM dalam mengambil tindakan terhadap pemain yang terlibat.

Beliau berkata kepada pemberita selepas melawat bekas pemain bola sepak skuad Olimpik negara, V. Krishnasamy di Pusat Arumperumjothi Vallaral, di sini.

Pada 21 Feb lepas, Mahkamah Majistret Kuching membebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang lelaki disyaki 'bookie', yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Premier.

FAS sebelum ini menerima laporan mengenai ada pemain yang terbabit dengan kegiatan mengatur perlawanan, selepas Sarawak tumpas 2-3 menentang Felcra FC pada 10 Feb lepas, walaupun pada separuh masa pertama Sarawak sudah mendahului dengan jaringan 2-0.

Hamidin berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.

((SUMBER BERNAMA))