Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Hamilton juara perlumbaan ke-1000

  • Published in Sukan
Foto - AFP

SHANGHAI - Juara dunia 5 kali Lewis Hamilton terus memperagakan aksi Sang juara apabila menakluki Sirkit Antarabangsa Shanghai dalam perlumbaan bersejarah ke seribu bagi formula one.

Selain memastikan dominasi Mercedes berterusan mencatat keputusan satu dua yang ketiga buat pasukan apabila Valteri Bottas menamatkan saingan di tempat kedua.

Pemandu pasukan Mercedes, Lewis Hamilton nyata unggul dengan teknik pemanduan terbaik mencatat masa 1 jam 32 minit 08.734 saat.

Meskipun bermula petak kedua; Hamilton tidak menunggu lama memimpin perlumbaan dengan memintas rakan sepasukan Valtteri Bottas seawal pusingan pertama.

Kedudukan itu terus kekal sehingga penamat dan Bottas terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan ketinggalan 6.5 saat.

Ketiga, pemandu Ferrari, Sebastian Vettel.

Kejayaan di China juga merupakan kemenangan kali ke-6 buat Hamilton yang kini mencecah usia 34 tahun.