Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:37 AM UTC, May 27, 2018

Kesemua 12 Pasukan Liga Super Dan 10 Daripada 12 Pasukan Liga Premier Musim Ini Telah Mengemukakan Permohonan Rasmi Untuk Mendapatkan Lesen FAM ..

  • Published in Sukan

                                                                     Foto: laman sesawang FAM                                           

KUALA LUMPUR - Kesemua 12 pasukan Liga Super dan 10 daripada 12 pasukan Liga Premier musim ini telah mengemukakan permohonan rasmi untuk mendapatkan Lesen Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh tutup 15 Februari lalu lalu.

Ia syarat untuk beraksi dalam Liga Super 2019. Demikian menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Kesemua pasukan Liga Super tersebut juga telah memohon Lesen Kelab AFC bagi membolehkan mereka beraksi dalam Liga Juara AFC 2019, jika layak kecuali Pahang. Bagaimanapun, kesemua pasukan perlu melepasi penilaian enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan.


((SUMBER:BERNAMA))