Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Venue SUKMA Perak Siap Sebelum Akhir Mac

  • Published in Sukan

PARIT BUNTAR - Semua venue untuk Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak akan siap sebelum akhir Mac.

Demikian menurut Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Katanya ketika ini hanya tinggal pelaksanaan kerja-kerja kemasan kesemua venue terlibat dan ia dijangka siap sekitar Mac ini.

Justeru kita harap Stadium Perak akan boleh digunakan untuk perlawanan bola sepak Liga Super pada 3 April ini. Selain itu, kita berharap dengan siapnya semua infra tersebut, ia akan membolehkan atlet Perak menjalani latihan bagi menyesuaikan diri di venue terbabit

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan penutup Kursus Ketua Enam Sekawan Pengakap Kanak-Kanak dan Ketua Patrol Pengakap Peringkat Daerah Kerian di Pejabat Pendidikan Daerah Kerian di Parit Buntar.

Seramai 214 pelajar sekolah kebangsaan dan menengah di Kerian menyertai kursus yang bermula Jumaat lalu dan berakhir hari ini.

((SUMBER: BERNAMA))