Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Persatuan Bola Sepak Melaka United Berjaya Kumpul Penajaan 15 Juta Ringgit Bagi Hadapi Liga Malaysia Musim Ini.

MELAKA - Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) sehingga kini berjaya mengumpulkan penajaan kira-kira 15 juta ringgit  bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Sebanyak 21 buah syarikat dari agensi kerajaan dan swasta bersetuju untuk menjadi penaja pasukan itu, antaranya Edra Global Energy Bhd, Mamee Double Deeker TAG Marine Sdn. Bhd dan Perbadanan Kemajuan negeri Melaka(PKNM). 

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga Presiden MUSA, berkata,  tajaan berkenaan amat penting untuk kos pengurusan dan pengendalian pasukan Melaka United sepanjang Liga Malaysia. 

Namun katanya, nilai kewangan yang tinggi itu bukan menjadi faktor utama kejayaan pasukan, sebaliknya semangat juang yang tinggi. 

Sehubungan itu, para pemain diseru agar memberi fokus sepenuhnya kepada perlawanan. 

Datuk Seri Idris berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Makan Malam dan Penyampaian Sumbangan Mock Cheque tajaan kepada Pasukan Melaka United di Bandar Hilir, Melaka.

 

((Sumber RTM))