Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Liga Premier

  • Published in Sukan

KUALA TERENGGANU - Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu..

Terengganu FC II (dua) yang melayan kunjungan pasukan UiTM FC, tewas 2-3.

Skuad pelawat di bawah kendalian ketua jurulatih Wan Mustafa Wan Ismail berjersi Merah terlebih dahulu memperolehi jaringan pada minit ke 16 menerusi tandukan Bakary Dao, hasil hantaran tendangan sudut diambil Muhamad Nursalam Zainal Abidin.

Manakala gol penyamaan tuan rumah hadir pada minit ke-34, menerusi tendangan penaltiAkanni Sunday Wasiu.

Pada minit ke-37 pelawat sekali lagi dihadapan apabila rembatan Lucas Ramon Pugh diluar garisan kotak penalti, gagal ditepis keluar penjaga gol Terengganu FC II, Amierul Hakimi Awang untuk kedudukan 2-1.

Tuan rumah kembali mengikat kedudukan 2 sama pada penghujung babak separuh masa pertama menerusi Akanni Sunday selepas menanduk masuk bola tendangan sudut Mohd Haidhir Suhaini.

Namun begitu hajat tuan rumah mencari gol kemenangan pada separuh masa kedua lebur apabila gol ketiga lawan terhasil pada minit ke-84 menerusi Lucas Ramon.

Tamat perlawanan, UiTM FC bawa pulang tiga mata penuh.

((SUMBER: RTM -TV))