Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Liga Perdana Inggeris: MU Seri Satu Sama Dengan Liverpool

LONDON -  Bola sepak Liga Perdana Inggeris.  Jaringan pada minit ke-84 oleh Zlatan Ibrahimovic menyelamatkan Manchester United dari kekalahan dan memberi keputusan seri 1-sama dengan Liverpool di Old Trafford, awal pagi tadi.

Selepas perlawanan tadi, Liverpool kini di kedudukan ketiga liga dengan 45 mata manakala United keenam dengan 40 mata.

Manchester City pula dimalukan oleh Everton di Goodison Park apabila tewas 0-4 malam tadi.

Kekalahan kelima buat mereka musim ini menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola semakin ketinggalan dalam perebutan kejuaraan liga musim ini dengan 10 mata di belakang pendahulu, Chelsea.

The Citizen kini berada di kedudukan kelima selepas hanya mampu mengumpul 42 mata hasil 13 kemenangan.

Bagi The Toffees pula, kemenangan bergaya itu meletakkan mereka di kedudukan ketujuh dengan 33 mata selepas 21 perlawanan.

 

((afp))