Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Liga Perdana Inggeris - Chelsea 3 Leicester City 0, Arsenal 4 Swansea 0 Dan Tottenham 4 West Brom 0

LONDON - Marcos Alonso menjaringkan dua gol untuk Chelsea menewaskan Leicester walaupun pasukan Chelsea ketiadaan pemain penjaring yang terbanyak, Diego Costa.

Alonso berjaya masuk gol pada minit ke-6 dan ke-51.

Pedro menjaring gol ketiga untuk Chelsea selepas hantaran Willian yang memberi keputusan Chelsea 3 Leicester City 0.

Sementara Arsenal belasah Swansea City 4 - 0 dengan gol dari Oliver Giroud pada minit ke-37. 

Pada minit ke-54 dan minit ke-67, tendangan dari pemain Arsenal, Alex Iwobi terkena pemain Swansea dan masuk gol sendiri menjadi kedudukan 3 - 0

Minit ke-73, Sanchez menjaringkani gol yang keempat untuk Arsenal.

Manakala Tottenham Hotspurs kalahkan West Brom dengan 4 - 0 selepas Harry Kane membuat hatrik dan satu gol lagi adalah kesilapan gol sendiri oleh Gareth McAuley.

(Sumber - AFP)