Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Rafiq, Ridzuan dinobat Atlet Terbaik 2018

  • Published in Sukan
Foto: FB KBS

PETALING JAYA - Juara boling dunia, Muhammad Rafiq Ismail dan jaguh olahraga para kebangsaan, Mohamad Ridzuan Mohd Puzi, masing-masing dinobatkan sebagai Atlet Terbaik dan Atlet Paralimpik Terbaik dalam majlis Anugerah Persatuan Penulis - Penulis Sukan Malaysia (SAM) - 100Plus 2018.

Mereka masing-masing membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM10 ribu 

Hadiah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

SAM turut menyampaikan Anugerah Khas Sepanjang Hayat kepada Penaung Diraja SAM, Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, atas sumbangan besar baginda terhadap arena sukan negara, khususnya bola sepak.