Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Piala Dunia Perluas 48 Pasukan Dilihat Lebih Berdaya Saing

LISBON - Keputusan FIFA memperluas penyertaan pasukan dalam saingan Piala Dunia kepada 48-pasukan mulai tahun 2026 akan menjadikan kejohanan itu lebih kompetetif. 

Jurulatih Portugal, Fernando Santos berkata, dengan menambah pasukan menyertai Piala Dunia, ia akan membuka lebih banyak peluang kepada negara-negara kerdil beraksi dalam kejohanan-kejohanan besar.

Seterusnya, menyaksikan keupayaan sebenar pasukan-pasukan kerdil. 

Beliau memberi contoh Wales yang melangkah ke separuh akhir EURO 2016, serta kejutan Iceland yang menyingkirkan England untuk mara ke suku akhir.