Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Penjaga Gol Legenda Malaysia Chow Chee Keong Meninggal Dunia

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Seorang lagi bintang zaman gemilang bola sepak negara meninggalkan kita, hari ini, penjaga gol legenda Chow Chee Keong meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat kanser pundi kencing.

Beliau dimasukkan ke hospital yang sama pada 17 Jan untuk menjalani pembedahan pintasan jantung yang berjaya, tetapi mengalami komplikasl kemudiannya, menyebabkan beliau dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Anaknya Adrian Chow berkata beliau tidak begitu ingat zaman kegemilanan mendiang bapanya bermain bola sepak tetapi banyak mendengar mengenai ketangkasan bapanya sebagai penjaga gol.

Adrian ialah penjaga gol hoki ais kebangsaan.

Chee Keong adalah antara penjaga gol terbaik Malaysia.

Beliau berusia 68 tahun.

((SUMBER BERNAMA))