Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Blancpain GT Asia 2019: Tunku Abdul Rahman dan Jazeman Jaafar menang tempat ke-3

  • Published in Sukan

Foto : FB The Royal Johor

SEPANG - Kejohanan Dunia Blancpain GT Asia 2019, di Litar Antarabangsa Sepang, menyaksikan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Jazeman Jaafar muncul tempat ketiga kategori GT3 - Pro - Am.

Tunku Abdul Rahman yang memandu jentera Mercedes AMG GT3 bermula di petak ke-20 sebelum memintas ke posisi ke-11.

Jazeman yang mengambil alih tempat kemudian berjaya melakukan pecutan untuk muncul pemenang di podium.

Tunku Abdul Rahman nyata terkejut atas kejayaan pasukannya meraih kedudukan podium, meskipun mendapat keputusan ujian masa yang kurang memberangsangkan.

Perlumbaan semalam turut disaksikan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Perlumbaan kedua akan berlangsung hari ini di Litar Antarabangsa Sepang.