Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Shakir Hamzah terima anugerah pemain terbaik bulan Februari Liga Super PFAM

  • Published in Sukan
Foto - FB PFAM


KUALA LUMPUR - Pemain Kedah FA, Shakir Hamzah dipilih sebagai penerima Anugerah pemain terbaik bulanan Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) asiana.my bagi edisi Februari 2019.

Anugerah disampaikan EXCO PFA Malaysia, Baddrol Bakthiar dalam satu majlis ringkas di Ibu Negara hari ini.

Menurut Shakir, beliau amat berbesar hati dengan pengiktirafan yang diberikan selain menjadi pemangkin dan semangat buatnya untuk mempamerkan aksi cemerlang bersama Kedah.

Jelasnya misi utamanya musim ini adalah membantu Helang Merah menjulang satu trofi.

Shakir menerima undian tertinggi sebanyak 58.54 peratus undian mengalahkan empat calon lain iaitu Dickson Nwakamee dari Pahang, Barathkumar Ramaloo dari Pj City FC, Gonzalo Cabrera JDT dan Hadin Azman dari FELDA United.