Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

MASCA persiap atlet baharu wakili Sukan Sea Filipina, Olimpik Tokyo

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA - Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) kini dalam mempersiapkan atlet muka baharu bagi kejohanan terbesar tahun ini.

Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, Malaysia mempunyai ramai atlet berpotensi dalam sukan berkenaan, sekali gus melahirkan prospek baharu untuk meraih pingat.

Bercakap selepas merasmikan pembukaan kejohanan sirkit kebangsaan pemilihan di Putrajaya, beliau yakin ia mewujudkan budaya saing dalam kalangan atlet peringkat kebangsaan.

Pemilihan atlet baharu itu dibuat bagi mewakili Malaysia ke Sukan Sea Filipina tahun ini dan persiapan Olimpik Tokyo 2020.

Pemilihan membabitkan seramai 144 penyertaan bagi 'Tradisional Boat Race' dan 32 peserta bagi kayak sprint dari seluruh negeri.