Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 2:02 AM UTC, Dec 14, 2017

PBSNT Sedang Pertimbang Tawaran Rasmi Kepada Victor Obinna

  • Published in Sukan

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedang mempertimbangkan untuk membuat tawaran secara rasmi kepada bekas pemain Inter Milan, Victor Obinna untuk menyarung jersi Terengganu bagi musim 2016. 

Namun ia bergantung kepada tahap kecergasan Obinna. Pemain berusia 28 tahun itu pernah menjalani pembedahan lutut sebelum ini.

Justeru, pemeriksaan kesihatan akan menentukan samada pemain kelahiran Nigeria ini layak untuk beraksi bersama terengganu atau tidak.

Victor Obinna pernah beraksi bersama sama beberapa gergasi ropah, antaranya, Inter Milan, Malaga, Chievo dan kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United. 

Kini, beliau beraksi untuk kelab divisyen 2 bundesliga , MSV Duisburg.  PBSNT hanya menanti kehadiran Obinna dalam masa terdekat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. 

Skuad peteh terpaksa mencari pengganti bagi posisi penyerang selepas Paolo Rangel berhijrah ke selatan tanah air, bersama JDT.

Terengganu sebelum ini mahu mendapatkan khidmat bekas penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme namun terpaksa menolak yang menuntut gaji 400 ribu ringgit sebulan.