Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

RM 76, 000 diperuntukkan kepada 17 persatuan sukan di Labuan

  • Published in Sukan

Foto : FB Perbadanan Labuan

LABUAN - RM 76, 000 diperuntukkan kepada 17 persatuan sukan di Labuan bagi memastikan tadbir urus Persatuan Sukan dilaksanakan dengan lebih efesin dan sistematik.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Sri Amir Hussien, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan memandang serius soal pembangunan sukan dan sentiasa berusaha memastikan pengurusan dan pentadbiran sukan diperkasa secara menyeluruh.

Berucap merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Pentadbiran Persatuan Sukan di Labuan, beliau juga berharap, segala usaha yang dirancang mahupun isu yang dibangkit, dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Setiap persatuan yang menerima bantuan itu, dapat memanfaatkan dengan sebaiknya.