Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Wigan Tumpaskan City Pusingan Ke-5 Piala FA

  • Published in Sukan
Foto-AFP

UNITED KINGDOM - Hasrat pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City merangkul empat kejuaraan musim ini musnah apabila tumpas mengejut 0-1 kepada kelab divisyen tiga, Wigan pada pusingan ke-5, Piala FA.

Nasib malang menimpa skuad "The Citizens" apabila pemainnya, Fabian Delph turut diarah keluar padang kerana melakukan kekasaran pada penghujung babak pertama.

Wigan kini bakal berdepan sebuah lagi kelab Liga Perdana, Southampton, 17 Mac depan.

((SUMBER:AFP))