Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Atlet Menembak Negara Giat Berlatih dibawah Pengawasan Tiga Jurulatih Korea Baharu

KUALA LUMPUR - Berbaki kurang lapan bulan lagi sebelum bermulanya temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, semua atlet sedang giat menjalani latihan bagi memantapkan pasukan tidak terkecuali skuad menembak negara yang diperkuatkan dengan tiga orang jurulatih baru dari Korea.

Tinjauan krew RTM di MSN Bukit Jalil mendapati semua atlet tekun menjalani latihan di bawah pengawasan jurulatih  baru Korea, Park Sang Soon, Park Cheolwan dan Kong Hyun-ah.

Cheol Wan, 45 tahun akan melatih atlet acara menembak pistol manakala jurulatih 44 tahun, Hyun-ah bertanggungjawab melatih atlet acara rifle dibantu  jurulatih Sabki Mohd Din dan Park Sang Soon bertindak selaku ketua jurulatih.

Sang Soon yang memulakan tugas sejak bulan Disember lalu tidak menolak faktor masa yang singkat memberi satu cabaran buatnya untuk membentuk pasukan mantap.

Namun beliau tetap yakin rejim latihan harian yang dirangka khas untuk atletnya mampu mengatasi cabaran ini. 

Sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea 2017, penembak negara akan menumpukan beberapa kejohanan penting termasuk Kejohanan Menembak Selangor dan Kejohanan Menembak Remaja Siri 1 Sport Excel Malaysia pada 8 Februari serta Kejohanan Piala Dunia di New Delhi pada 22 Februari.