Logo

LTAM sasar kedudukan ke-4 terbaik skuad wanita pada kejohanan ITF

KUALA LUMPUR - Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) menyasarkan skuad wanita negara menamatkan saingan kedudukan ke-4 terbaik pada kejohanan Tenis Junior bawah 14 tahun kelayakan akhir Persekutuan Tenis Antarabangsa ITF bagi zon Asia / Oceania.

Ia sekaligus merealisasikan impian layak secara merit beraksi peringkat kumpulan kejohanan yang di jangka berlangsung di Republik Czech Ogos nanti.

Jelas Jurulatih Kebangsaan Muliyadi Jamal meskipun sasaran tersebut dilihat sukar apatahlagi dengan kehadiran jaguh antaranya Australia,Jepun,China dan Hong Kong.

Namun itu bukanlah halangan barisan pemain negara terdiri daripada Anja Samia Nayar,Iman Syuhada dan Lim Zang Nin menyajikan aksi terbaik.

Muliyadi juga mahu pemain-pemain negara tidak gentar bertemu lawan yang lebih handal.

Malaysia diberikan penghormatan menjadi tuan rumah pusingan kelayakan akhir bawah 14 tahun zon Asia / Oceania yang berlangsung di Pusat Tenis Kebangsaan Jalan Duta,Kuala Lumpur.

Saingan lelaki berlangsung 1 hingga 6 April ; manakala wanita 8 hingga 13 April.

4 pasukan terbaik setiap kategori pusingan layak beraksi di Republik Czech.

Sebanyak 60 negara mengesahkan penyertaan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.