Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Skim Kesihatan Atlet Kebangsaan perlu dilaksanakan segera - Syed Saddiq

  • Published in Sukan


PUTRAJAYA - Pelaksanaan Skim Kesihatan Atlet Kebangsaan perlu disegerakan bagi menyalurkan bantuan rawatan kepada atlet memerlukan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rawatan setaraf kakitangan kerajaan itu akan mengurangkan beban wira sukan negara.

Beliau mengulas mengenai insiden patah tangan melibatkan jaguh 110 meter lari berpagar negara Rayzam Shah Wan Sofian yang berlaku semalam.

Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis perasmian Pra-Pelancaran Malaysia Future Leaders School (M-F-L-S) di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.

Kecederaan di bahagian tulang ulna tangan kanan menyebabkan Rayzam Shah terpaksa berehat panjang.

Beliau berkemungkinan akan terlepas aksi Kejohanan Olahraga Asia di Doha, Qatar pada 21 hingga 24 April ini.