Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Rali Dakar:Joan Barreda Menang Peringkat Kelapan Kategori Motor

ARGENTINA - Joan Barreda dari Sepanyol memenangi peringkat kelapan bagi kategori motor Rali Dakar. 

Penunggang Honda itu menamatkan saingan sejauh 417 k ilometer dari Uyuni di Bolivia ke Salta di Argentina dalam masa 4 jam 28 min it 21 saat. 

Dia mengatasi pasangan KTM , Matthias Walkner dari Austria dengan kelebihan 3 minit 51 saat serta Sam Sunderland dari Britain yang ketinggalan tiga saat di belakang rakan sepasukannya.

Sunderland bagaimanapun kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan perbezaan 20 minit mengatasi Pablo Quintanilla yang menamatkan saingan di tempat ketujuh.