Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Rayzam Shah cedera serius terjatuh di penghujung saingan akhir Grand Prix

  • Published in Sukan

Foto : FB Rayzamshah

SERDANG - Tamparan hebat buat pemegang rekod kebangsaan 110 meter lari berpagar negara, juga ketua pasukan, Rayzam Shah Wan Sofian, apabila beliau mengalami kecederaan serius di tangan kanannya selepas terjatuh di penghujung saingan akhir, 110 meter Grand Prix Terbuka Malaysia.

Ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas, turut menyatakan kebimbingannya terhadap kecederaan yang dihadapi Rayzam Shah pada ketika skuad olahraga dalam misi mempersiapkan diri untuk temasya sukan Sea 2019.

Malah, penyertaan Rayzam Shah di Kejohanan Asia Track and Field, ATF, Doha , Qatar pada 21 April turut menjadi tanda tanya.

Akibat terjatuh walau mudah mendahului Rayzam akhirnya menamatkan saingan di tempat keempat mencatatan masa 15.25 saat.

Perkembangan terkini Rayzam Shah telah dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjutan dan melakukan x-ray.

Minggu lalu, jaguh pecut 110 meter lari berpagar negara itu, berjaya meraih pingat gangsa di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura dengan catatan masa 13.83 saat baru-baru ini.