Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

Tun Dr Mahathir bangga skuad Kedah harum nama negeri

  • Published in Sukan

 

Foto : FB Kedah FA


KEDAH - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan rasa bangganya kepada skuad Kedah, Lang Merah yang terus mengharumkan negeri Jelapang Padi dalam arena bolasepak Malaysia.

Memetik kenyataan yang dikeluarkan di laman facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah, KFA, Tun Dr Mahathir turut mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Hijau Kuning dan meneruskan perjuangan untuk memburu kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika menerima kunjungan Presiden KFA yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di Alor Setar.

Pada pertemuan itu, Datuk Seri Mukhriz turut menghadiahkan sehelai kit jersi skuad Liga Super Kedah yang tertera nama MAHATHIR dengan angka 7.

Ia simbolik kepada Tun Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ke 7 Malaysia.

Perjuangan Tun Dr Mahathir walaupun di usia 93 tahun harus dicontohi dan menjadi inspirasi semua pihak untuk berusaha keras bagi memajukan bolasepak Kedah.

Dalam pada itu, Kedah akan bertemu Selangor United pada aksi pusingan kedua Shopee Piala FA di Stadium Darul Aman, Rabu ini.

 

((RTM KEDAH / FAKHRUL))