Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

LTDL 2018 – Kekal Dengan 8 Peringkat

  • Published in Sukan

LTDL 2018 -Rekod buruk pembayaran hadiah wang tunai untuk beberapa perlumbaan berbasikal yang dianjurkan di negara ini menjadi antara punca Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) tidak membenarkan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 ditambah kepada 10 peringkat, sekali gus kekal dengan 8 peringkat.

Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2018, M. Kumaresan berkata kegagalan beberapa penganjur membayar hadiah kemenangan dalam tempoh ditetapkan oleh UCI sebelum ini menyebabkan badan induk dunia itu menolak permohonan pihaknya untuk mengembalikan perlumbaan berstatus 2HC (hors class) itu kepada 10 peringkat.

kumaresan mengakui bukan senang untuk menganjurkan jelajah bertaraf dunia tetapi perkara begitu telah menyebabkan kerosakan kolateral kepada malaysia.

Oleh sebab itu, pihaknya akan memastikan masalah itu tidak berulang kali ini dan tidak mahu berhutang dengan sesiapa.

Selain itujelasnyanya UCI juga lebih menggalakkan penganjuran perlumbaan enam hari sahaja.
hanya beberapa perlumbaan berprestij seperti Tour de France, Tour de Spain dan Giro d'Italia sahaja yang menganjurkan perlumbaan 10 hari.

Pihaknya difahamkan bahawa pelumba juga tidak mahu perlumbaan yang panjang.

Menurutnya, penundaan perlumbaan pada minit-minit terakhir yang pernah berlaku sebelum ini, turut mempengaruhi keputusan UCI itu, di mana kali terakhir LTdL dianjurkan selama 10 hari ialah pada tahun 2014.

((SUMBER: RTM))