Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:33 AM UTC, May 27, 2018

Sukan Komanwel 2018

  • Published in Sukan

DAMANSARA - Kontinjen Malaysia akan memuktamadkan senarai akhir atlet yang akan menggalas cabaran pada temasya Sukan Komanwel 2018 pada pertengahan Mac nanti.

Chef de Mission Sukan Komanwel, Huang Ying How berkata ini kerana acara berpasukan masih lagi dalam proses pemilihan dan pertandingan.

Manakala ada persatuan masih merayu kepada Majlis Olimpik Malaysia untuk menyenaraikan atlet-atlet terbaik mereka di saat-saat akhir.

Sempena tahun baharu Cina ini Huang berharap kontinjen Malaysia dapat kekal sebagai satu pasukan bersama mental yang positif, bersedia sepenuhnya, memelihara disiplin dan berwaspada dengan gejala doping yang boleh menjejaskan nama negara.

Huang ditemui pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarga di kediamannya, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Beliau turut berharap dengan persediaan cukup rapi, atlet Malaysia mampu mengakhiri temasya Komanwel dengan jayanya.

((SUMBER: RTM))