Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Atlet Luncur Ais Malaysia Julian Yee Gagal Mara Ke Pusingan Akhir Perseorangan Lelaki Dalam Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan Hari Ini

  • Published in Sukan

                                                                  Foto: fb Julian Yee

KOREA - Beralih ke perkembangan sukan. Atlet luncur ais Malaysia Julian Yee yang membuat penampilan sulung negara dalam Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan hari ini, gagal mara ke pusingan akhir perseorangan lelaki acara itu.

Dalam saingan untuk memilih 24 daripada 30 peserta ke pusingan akhir esok, Yee terlepas peluang itu hanya dengan perbezaan 1.15 mata yang memaksanya berada di tangga ke-25.


Seorang lagi atlet Malaysia, Jeffrey Webb yang juga wakil terakhir negara dalam temasya berkenan akan bersaing dalam acara giant slalom dan slalom pada hari Ahad dan Khamis ini.

((SUMBER: BERNAMA))