Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

JDT2 kekal dengan rekod tanpa kalah dalam 6 perlawanan

  • Published in Sukan

Foto : FB Johor Southern Tigers

LARKIN - Johor Darul Takzim, JDT2 kekal dengan rekod tanpa kalah dalam 6 perlawanan Liga Premier musim ini, biarpun sekadar mencatatkan keputusan seri satu sama ke atas Sarawak, di Larkin malam tadi.

Keputusan tersebut meletakkan skuad Ervin Boban di tangga kedua dengan 14 mata, berkongsi mata dengan Sabah.

Rembatan Lucas Ontivero pada minit ke-11 berjaya meletakkan tuan rumah di depan dan bertahan sehingga tamat babak pertama.

Bagaimanapun kesilapan Haziq Nadzli melakukan terjahan ke atas Bobby Gonzales pada minit ke-71 mengundang padah buat JDT2 apabila pengadil, Abdul Rahman Wahab menghadiahkan sepakan penalti kepada Sarawak.

Hudson Dias De Jesus yang mengambil sepakan penalti tenang menewaskan Haziq untuk mengikat kedudukan.

Keputusan seri cukup buat JDT2 mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

Sarawak pula di kedudukan ke-10 dengan 4 mata selepas 6 perlawanan.