Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Roger Federer Perlu Satu Kemenangan Untuk Gelaran Pemain No. 1 Dunia

  • Published in Sukan

ROTTERDAM - Bintang Switzerland, Roger Federer hanya memerlukan satu kemenangan lagi untuk sekali lagi bergelar pemain nombor 1 dunia.

Pilihan utama kejohanan itu mengalahkan Philipp Kohlschreiber dari Jerman, 7-6, 7-5 untuk mara ke pusingan ketiga bertemu Robin Haase dari Belanda yang menumpaskan rakan senegara, Tallon Griekspoor, 6-4, 6-0.

Pilihan kedua, Grigor Dimitrov dari Bulgaria pula mengatasi wakil Serbia, Filip Krajinovic, 7-6, 7-5.


((AFP))