Skuad hoki Malaysia mencatat kemenangan 3-2 terhadap Kanada
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Sukan
Foto: FB Arena Hoki Malaysia
IPOH - Hoki Piala Sultan Azlan Shah, pasukan negara melengkapkan perlawanan ke-5 dengan mencatat kemenangan 3-2 terhadap Kanada, bermakna skuad hoki Malaysia itu masih memburu sama ada tempat ketiga atau ke-4 kejohanan.
Perlawanan berlansung di Stadium Azlan Shah itu sekali gus meletakkan Malaysia di tangga ke-3 dalam carta dengan 9 mata.
Malaysia memperoleh mata pertama menerusi Firhan Ashari pada minit ke-6.
Kanada bangkit menyamakan kedudukan selepas Gordon Johnston berjaya membolosi gawang anak buah Roelant Oltmans pada minit ke-15.
Namun, Malaysia memperolehi gol kedua melalui pukulan sudut penalti yang berjaya disempurnakan oleh Razie Rahim pada minit ke -17.
Gordon Johnston sekali lagi menjadi wira Kanada selepas menghadiahkan satu lagi gol buat pasukannya pada minit ke-22.
Bagaimanapun pasukan Harimau Malaya kembali mendahuli mata selepas Fitri Saari berjaya menyempurnakan penalti stroke yang diberi pada minit ke-23.
Keputusan kekal Malaysia 3 Kanada 2 sehingga tamat perlawanan selepas kedua-dua pasukan gagal mencari mata tambahan pada separuh masa ke-2.
Malaysia dan Kanada akan bertembung sekali lagi dalam aksi merebut tempat ke-3 dan ke-4, dijadual berlansung esok di Ipoh.