Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Pesawat Bawa Pasukan Hoki Amerika Syarikat Mendarat Cemas

ILLINOIS - Pesawat yang membawa pasukan hoki profesional Amerika Syarikat, Dallas Stars melakukan pendaratan cemas, sebaik sahaja berlepas dari Lapangan Terbang St. Louis di Cahokia, Illinois.  

Ia gara-gara asap di dalam kokpit.

Ketua bomba lapangan terbang berkenaan, Mike Mavrogeorge memberitahu, asap itu mungkin berpunca daripada isu-isu elektrikal.  

Ketika kejadian, pesawat Boeing 737 itu membawa 50 penumpang terdiri daripada pemain, jurulatih dan para pegawai pasukan.