Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Liga Juara Eropah

  • Published in Sukan

EROPAH - Liga Juara Eropah. Juara bertahan dua kali, Real Madrid dari Sepanyol mengatasi jaguh Peranchis, Paris Saint Germain, 3-1 di Santiago Bernebau.

Cristiano Ronaldo menyumbat dua gol untuk menjadi pemain pertama menjaringkan 100 gol bersama satu kelab dalam pertandingan berkenaan.

Keseluruhannya Ronaldo telah mengumpul 116 gol dalam saingan tertinggi kelab eropah tersebut.

Sementara itu Kelab England, Liverpool selangkah ke suku akhir selepas menundukkan Porto dari Portugal, 5-0 di gelanggang lawan.

Sadio Mane menjaringkan tiga gol sekaligus menghadiahkan kekalahan terbesar buat Porto di halaman sendiri. Aksi timbal balas bakal berlangsung pada 6 Mac ini.


((SUMEBR: AFP))