Sunday, May 27, 2018
vital-top
updated 3:12 AM UTC, May 27, 2018

Liga Juara Eropah

  • Published in Sukan

Bola sepak, Liga Juara Eropah.

Paris Saint-Germain akan menentang juara bertahan, Real Madrid di tempat lawan dalam perlawanan timbal balik pertama peringkat 16-pasukan terbaik, awal pagi esok.

Jurulatih PSG, Unai Emery berkata, ini merupakan peluang terbaik kelab Perancis itu untuk terus berkembang, menyaingi kelab-kelab terkemuka dunia.

Musim lalu, PSG yang menumpaskan Barcelona 4-0 dalam perlawanan pertama di laman sendiri, tewas dalam perlawanan kedua 1-6 di tempat lawan.
Dalam satu lagi perlawanan awal pagi esok, FC Porto dijadualkan menerima kunjungan Liverpool.

((SUMBER: AFP))