Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Roger Federer hampiri gelaran juara kali ke-4 Kejohanan Terbuka Miami

  • Published in Sukan
Foto - AFP

MIAMI - Roger Federer semakin menghampiri gelaran juara Kejohanan Terbuka Miami buat kali ke empat dengan menundukkan Danii Medvedev dari Russia stright set, 6-4,6-2 dalam tempoh 61 minit.

Selepas perlawanan tertunda akibat hujan lebat, juara Grand Slam 20 kali itu berjaya bangkit selepas ketinggalan pada 15 minit pertama set pertama untuk mengesahkan kemenangan 6-4.

Babak berikutnya, kekerapan Medvedev melakukan beberapa kesalahan mengundang padah apabila Federer mudah menutup perlawanan dengan 6-2.

Ini kekalahan ketiga Medvedev selepas gagal mengatasi Federer pada dua pertemuan sebelum ini.

Federer dijadualkan bertemu Kevin Anderson dari Afrika Selatan di suku akhir.

Dalam saingan WTA, Simona Halep dari Romania semakin hampir untuk merampas kembali gelaran nombor satu dunia selepas mara ke separuh akhir, menewaskan pemain China Wang Qiang 6-4, 7-5.

Halep hanya perlu mara ke final di Stadium Hard Rock Sabtu ini untuk merampas gelaran yang dipegang Naomi Osaka walaupun bintang Jepun itu memenangi major keduanya di Terbuka Australia tahun ini.