Thursday, April 26, 2018
vital-top
updated 10:49 AM UTC, Apr 26, 2018

14,000 Tiket Perasmian Sukan Komanwel 2018 Tersalah Cetak

  • Published in Sukan

GOLD COAST - Kira-kira 14,000 keping tiket Majlis perasmian Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast dilaporkan tersalah cetak.

Ketua eksekutif sukan, Mark Peters berkata, acara tersebut sepatutnya berlangsung pada hari Rabu, 4 April namun dicetak hari Khamis.

Australia menyifatkan kesilapan sesuatu yang memalukan.

Pembekal tiket mengakui kesilapan tersebut, tetapi tiada perancangan untuk mencetak semula.

Namun tiket tersebut masih sah dan boleh digunakan untuk upacara berkenaan.

Sukan Komanwel Gold Coast bakal berlangsung 4 hingga 15 April depan.

((AFP))