Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

Ronaldo Kembali Beraksi Sabtu Ini Setelah Direhatkan

MADRID - Real Madrid mengalu-alukan kemunculan pertama Cristiano Ronaldo bagi 2017 ketika juara Liga Juara-juara itu berusaha untuk menyamakan rekod tanpa kalah Barcelona dalam 39 perlawanan apabila bertemu Granada, Sabtu ini. 

Ronaldo sebelum ini direhatkan.

Jurulatih, Zinedine Zidane mengambil keputusan berani, merehatkan Ronaldo ketika Real Madrid menentang Sevilla dalam perlawanan pertama peringkat 16 terbaik Copa del Rey.

Dalam perlawanan tersebut, Real Madrid menang 3-0.