Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Lima Calon Bakal Bersaing Bagi Merebut Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia SAM-100PLUS 2017

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Atlet kebangsaan berstatus juara dunia mendominasi senarai calon atlet terbaik dan atlet paralimpik terbaik pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia SAM-100PLUS 2017 yang akan berlangsung 1 Mac depan.

Lima Calon Bakal Bersaing Bagi Merebut Anugerah Atlet Terbaik iaitu jaguh berbasikal trek Mohd Azizulhasni Awang, Cheong Jung Hoong ;terjun dan atlet wushu Wong Wen Son.

Turut tersenarai trio Duilian wanita, Phoong Eyin, Loh Ying Tin dan Tan Cheong Min serta pasukan tenpin boling wanita yang dibarisi Shalin Zulkifli, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Sin Li Jane, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Natasha Roslan.

Anugerah Atlet Paralimpik Terbaik pula menyaksikan saingan empat penjuru antara Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli daripada sukan olahraga, Cheah Liek Hou ;badminton serta Muhammad Afiq Rizan dan Muhammad Khairul Adha Rasol bagi berbasikal trek.

Presiden SAM, Ahmad Khawari Isa berkata majlis yang bakal berlangsung penuh gilang-gemilang itu akan menjadi platform pengiktirafan terbaik setelah rentetan pencapaian hebat atlet negara dalam mewarnai kancah sukan negara sepanjang tahun 2017.

Tiga anugerah lain turut dipertadingkan iaitu Atlet Muda Terbaik, Atlet Berpasukan Terbaik dan Persatuan Sukan Dinamik selain satu anugerah khas - Anugerah Personaliti Sukan 100PLUS Active.

Dalam pada itu, Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2017 juga terus memberi pengiktirafan terhadap jasa yang disumbangkan warga wartawan sukan tanah air sepanjang 2017 dengan mempertandingkan tujuh kategori anugerah.

Kategori anugerah yang dipertandingkan adalah Laporan Berita Terbaik (media cetak), Laporan Berita Terbaik (media elektronik), Ulasan Berita Terbaik (media cetak), Ulasan Berita Terbaik (media elektronik), Laporan Khas Terbaik (terbuka), Fotografi Sukan Terbaik dan Laporan Sukan Permotoran Terbaik.

 

((Berita RTM ))