Thursday, October 19, 2017
vital-top
updated 3:46 PM UTC, Oct 19, 2017

Riyad Mahrez Dipilih Pemain Terbaik Afrika

ABUJA - Prestasi hebat bintang Algeria, Riyad Mahrez ketika membantu Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu membolehkanya diundi sebagai Pemain Tahunan Afrika.

Dia menewaskan pemenang tahun lalu , penyerang Borussia Dortmund dari Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang.

Manakala penyerang Liverpool dari Senegal, Sadio Mane ditempat ketiga.  

Mahrez sebelum ini muncul pemain Afrika pertama memenangi anugerah Pemain Terbaik Inggeris selepas cemerlang mencipta 17 gol dan 11 umpanan sepanjang musim lalu buat Leicester.