Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Tenis ATP Terbuka Qatar: Andy Murray dan Novak Djokovic Bertemu di Separuh Akhir

DOHA - Bintang Britain, Andy Murray dan Novak Djokovic dari Serbia menepati ramalan untuk bertembung buat kali pertama tahun ini selepas mereka berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Tenis ATP Terbuka Qatar.

Murray yang juga pemain nombor satu dunia mengatasi Nicolas Almagro dari Sepanyol 7-6 dan 7-5 .

Djokovic, pemain nombor dua dunia pula mara ke separuh akhir setelah menewaskan Radek Stepanek dari Republik Chezh 6-3, dan 6-3.

Di separuh akhir Murray bakal berdepan pilihan ketiga Tomas Berdych.

Djokovic pula akan menentang Fernando Verdasco dari Sepanyol.