Monday, August 19, 2019
updated 9:59 AM UTC, Aug 19, 2019

Tiga elemen baharu Fit Malaysia tingkatkan gaya hidup sihat

  • Published in Sukan

Foto :  Twitter Amirudin Shari

 

SELANGOR - Program Fit Malaysia diberikan nafas baharu dengan menampilkan elemen lebih segar dan inklusif berteraskan 3 elemen iaitu Movement, Branding dan Slogan.

Tiga komponen turut diterapkan iaitu pengenalan aplikasi FitmyMy App, Fitmy Facilities, dan FitMy Programs.

Lebih membanggakan kos penganjuran Fit Malaysia tahun ini yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sendiri, berjaya dijimatkan daripada RM1.1 juta sebelum ini kepada hanya RM 300, 000.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Fit Malaysia merupakan satu inisiatif secara massa bagi meningkatkan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

Beberapa lokasi telah diumumkan sebagai lokasi Jelajah Fit Malaysia iaitu Selangor bagi zon tengah,Terengganu zon pantai timur, Kedah zon Utara, Johor Zon Selatan dan Sabah zon timur Malaysia.

Fit Malaysia 2019 berlangsung pagi tadi di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, dirasmikan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya Fun Ride, Fun Walk, Para Fun Walk dan aksi persahabatan Futsal.

Lebih 10, 000 hadir memeriahkan suasana.