Monday, July 22, 2019
updated 10:55 AM UTC, Jul 22, 2019

Filipina kekal sebagai hos Temasya Sukan SEA 2019

  • Published in Sukan

Foto : FB Majlis Olimpik Malaysia

KUALA LUMPUR - Tuan rumah Temasya Sukan SEA 2019, Filipina, memberikan jaminan bahawa negara berkenaan tidak akan menarik diri sebagai hos.

Itu komen ringkas Presiden Majlis Olimpik Malaysia MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, susulan timbul isu Filipina akan menarik diri akibat masalah kewangan oleh media tempatan negara itu.

Menurut beliau, walaupun risau sebaik mendengar perkhabaran berkenaan, namun selepas mendapat penjelasan daripada pihak Majlis Olimpik Filipina, pihaknya lega kerana ia hanyalah spekulasi.

Beliau ditemui selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM penggal 2018-2021 kali ke-188 di ibu negara.

Isu Filipina menarik diri sebagai hos Sukan SEA juga pernah timbul 2 tahun lalu, dikatakan atas faktor kewangan dan keselamatan di Marawi, Mindanao.

Sukan SEA kali ke 30 dijadualkan berlangsung secara rasmi dari 30 November sehingga 11 Disember ini.