Tuesday, September 17, 2019
updated 12:17 PM UTC, Sep 17, 2019

Olahraga: Russel Taib lebur rekod 200 meter milik Khairul Hafiz

  • Published in Sukan

 

 

 

 


BRISBANE - Kejohanan Olahraga Queensland Track Classic 2019, Brisbane, Australia.
 
Atlet berdarah campuran Malaysia - Australia, Russel Alexander Nasir Taib berjaya melebur rekod kebangsaan milik Khairul Hafiz Jantan dalam acara 200 meter dengan mencatat 20.77 saat.
 
Russel, 21 tahun berjaya mengatasi rekod kebangsaan 20.90 saat  yang dicipta The Speddy Jantan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017.

Pada Januari lalu, atlet yang berpangkalan di Australia itu mencatat 20.94 saat di Kejohanan Olahraga Shield Series.

Catatan Russel itu melayakkannya untuk beraksi di Kejohanan Olahraga Asia 2019 di Doha, Qatar pada April, dan kejohanan Sukan Universiti Dunia 2019 di Naples, Itali pada Julai serta November nanti di Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.