Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

B. Sathianathan kekal sebagai presiden PJBM

  • Published in Sukan

Foto : FB  Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

SELANGOR - Ketua Jurulatih Bola Sepak Selangor, B. Sathianathan mengekalkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) apabila diumumkan menang tanpa bertanding pada kongres persatuan bagi penggal 2018-2022.

Turut mempertahan jawatan pada kongres tersebut ialah dua Timbalan Presiden PJBM, Datuk Ong Kim Swee Ketua Jurulatuh Harimau Muda dan Zainal Abidin Hassan Ketua Jurulatih Melaka, selepas masing-masing memperoleh 120 dan 118 undi mengatasi seorang lagi pencabar, Raja Isa Raja Akram Shah yang meraih 52 undi.

Tiga penyandang Naib Presiden PJBM iaitu Dali Wahid, Datuk Richard Scully, Aminuddin Hussein turut menang tanpa bertanding dan mengekalkan jawatan masing-masin.

Muka baharu adalah Dr. Zulakbal Karim.

Jawatan nombor satu PJBM tidak dipertandingkan apabila pencabarnya, Reduan Abdullah mengumumkan menarik diri.

Ketua Jurulatih UiTM FC, Ismail Zakaria turut mengundurkan diri daripada merebut jawatan Timbalan Presiden.