Monday, June 25, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Liga Super

  • Published in Sukan

Bola sepak - PKNS merampas kedudukan teratas Liga Super setelah menewaskan Perak 2-0 di Stadium TLDM Lumut.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pula, rekod kemenangan Selangor tercalar apabila Terengganu FC berjaya menjinakkan Gergasi Merah 4-1.

Di Stadium Darul Makmur, Pahang kembali menemui rentak kemenangan dengan menumpaskan Kelantan 3-0.

Dalam pada itu, perlawanan melibatkan Kuala Lumpur dan JDT di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur terpaksa dihentikan pada minit ke-56 disebabkan hujan lebat dan padang lecak.

Perlawanan akan disambung pada pukul 4-petang ini dengan kedudukan Kuala Lumpur satu JDT kosong.

((SUMBER:BERNAMA))