Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Ronaldo kembali beraksi selepas 9 bulan direhatkan

  • Published in Sukan

Foto : AFP

PORTUGOL - Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kembali menyertai latihan bersama pasukan Portugal, selepas 9 bulan tidak beraksi bersama pasukan kebangsaannya itu.

Kali terakhir Ronaldo bermain untuk pasukan kebangsaan ketika Piala Dunia 2018.

Kapten pasukan ketika membawa Portugal menjuarai Euro edisi 2016 itu dipanggil semula oleh jurulatih Portugal, Fernando Santos untuk beraksi dalam perlawanan di laman sendiri, menentang Ukraine dan Serbia.

Pemain berusia 34 tahun itu direhatkan dalam 6 perlawanan Portugal sebelum ini ketika dia menyelesaikan pertukarannya dari Real Madrid ke Juventus.

Portugal akan memulakan kempen dalam aksi Kumpulan B pada Jumaat ini di Lisbon, melayan kunjungan Ukraine, sebelum bertemu Serbia pada Isnin.