Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

SUKMA: Kempen kesedaran anti doping tangani kes doping berulang

  • Published in Sukan

 

Foto : FB KBS Malaysia


PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberi perhatian terhadap kempen kesedaran anti doping menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, inisiatif itu bagi menangani berulangnya kes doping seperti pada SUKMA Perak tahun lalu.

Pada SUKMA Perak 2018, sebanyak 4 kes doping dilaporkan, dengan tiga daripadanya adalah dari sukan angkat berat.

Jelasnya, selain KBS melalui Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), kerajaan-kerajaan negeri serta persatuan-persatuan sukan negeri juga perlu memainkan peranan bagi mastikan insiden sama tidak berulang.

Susulan kes doping SUKMA Perak itu juga menyebabkan sukan angkat berat masih belum diputuskan sama ada akan dipertandingkan atau tidak di SUKMA Johor yang dijadual berlangsung dari 11 hingga 19 Julai 2020.

Syed Saddiq bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawantankuasa SUKMA 2020 di kementeriannya di Putrajaya.