Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 8:42 AM UTC, Jun 24, 2018

Pemain Sayap Lincah Indonesia, Andik Vermansyah Yang Baharu Mengikat Kontrak Bersama Kedah

  • Published in Sukan

ALOR SETAR - Pemain sayap lincah Indonesia, Andik Vermansyah yang baharu mengikat kontrak bersama Kedah, memulakan latihan bersama rakan sepasukan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, pagi tadi.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Kedah, KFA menerusi satu kenyataan mengesahkan Andik menandatangani kontrak selama setahun dengan KFA.

Pagi tadi, satu sesi pengenalan ringkas diadakan dihadiri Pengurus KFA, Syed Khairol Anuar Syed Abidin dan penolong Pengurus KFA, Hariss Che Mat.

Syed Khairol Anuar berharap kehadiran Andik dapat dapat memperkuatkan jentera Skuad Lang Merah bagi mengharungi perlawanan sepanjang liga Malaysia musim ini.

Bagi Andik, beliau mahu mencipta kejayaan bersama Kedah selepas mengikat kontrak setahun bagi mengisi slot kuota import negara Asean.

Andik dijangka membuat penampilan pertama pada perlawanan Liga Super menentang PKNP FC di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, petang esok.

((SUMBER: RTM))